Di unit D-10-23, kami percaya masakan adalah cara terbaik untuk menyantuni komuniti. Setiap masakan yang keluar dari dapur kami adalah sebahagian daripada kehidupan seharian di Zamrud.
Kami menyediakan hidangan buat jiran tetangga dan penduduk di sekitar kawasan ini. Bagi kami, ini adalah tanggungjawab dalam perkongsian rasa yang jujur dan ikhlas buat semua setiap tengah hari.
"Di sinilah segalanya bermula... D-10-23"
Setiap hidangan yang keluar dari Dapur Norah Nom telah melalui proses penyediaan yang teliti, berdedikasi, dan penuh kesabaran.
Kami mengambil masa berjam-jam lamanya untuk menyempurnakan 5 step proses karamelisasi bawang istimewa kami. Kesabaran ini membangkitkan rasa manis semula jadi dan aroma mendalam yang mustahil dicapai dengan jalan pintas.
Bagi kami, kebersihan adalah asas segalanya. Kami telah menetapkan standard 7 langkah basuhan teliti untuk setiap ketul ayam, dan 9 langkah cucian rapi khusus untuk daging lembu bagi menjamin kualiti suci dan halal.
Rasa hebat bermula dari bahan mentah yang unggul. Kami amat cerewet dalam memilih pembekal dan membina kerjasama jangka panjang dengan mereka yang mampu membekalkan daging dan ayam premium secara konsisten setiap pagi.
Approved by
Department of Cooking Istana
Tulang lembu segar, direneh 6 jam dengan bunga lawang dan rempah tradisional, sumsum yang creamy dan melimpah, ditabur daun sup dan bawang goreng yang garing
"Rempah ratus segar digaul mesra dengan aroma serai wangi. Ayam goreng garing, disalut sambal tumis pekat dengan aroma serai dan daun kari yang menusuk kalbu, cukup rasa pedas manisnya.
Ada Keraian atau sekadar ingin bertanya menu hari ini kami sedia melayana anda di Whatsapp.
Respons Pantas: 10AM -8PM